Pulut Kuning Berinti

Ramuan / Bahan

400 gm pulut
150 gm serunding daging
4 sudu besar bawang goreng 3 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
3 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara

Cuci beras pulut dengan bersih dan rendamkan dalam air bersama serbuk kunyit (8 jam). Kukus pulut hingga separuh masak, angkat dan gaulkan dengan santan pekat. Kukus semula hingga kembang. Pukul telur hingga kembang dan goreng nipis. Kemudian gulung telur dan potong nipis. Sediakan acuan (ikut suka). Taburkan 2 sudu serunding di bahagian bawah acuan dan masukkan sesenduk besar pulut di atasnya. Tekan dengan sudu yang dicelup dengan air agar ia tidak melekat. lapis seterusnya taburkan sesudu bawang goreng dan telur di atas pulut tadi. Masukkan lagi sesenduk besar pulut dan ditekan rata menutupi bawang goreng dan telur tadi. Ulangi proses melapis, 5 lapisan hingga habis.