Pulut Kuning

Ramuan / Bahan

1 kg pulut
2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)
Garam secukup rasa
4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya)
2 helai daun pandan (disiat) 1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus)
Air kelapa (daripada sebiji kelapa)
Air sejuk secukupnya
4 keping asam gelugur

Cara-cara

Rendam pulut semalaman dengan campuran air kelapa, air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup.

Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata.

Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubang-lubangkan agar wap dapat menembusi pulut.

Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan. Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak.

Turunkan bekas pengukus, arun pulut dengab santan yang dicampur garam dan kukus sekejap. Bolehlah dibentuk dan dihias.