Paella Morocco

Ramuan / Bahan

3 cawan Beras basmati
2 liter stok (sayuran, ikan atau ayam)
1 ekor ayam 1.5 kg di potong 12
1 cawan minyak (zaitun atau jagung)
3 lada bengala di dadu
6 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah di dadu
satu bungkus/tin buah peas
5 biji bawang merah di dadu Secubit saffron
1 sudu kunyit
2 sudu jintan halus
2 sudu jintan kasar
Sedikit biji pala di kisar
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
5 cengkeh
Garam
Lada puteh dan hitam

Cara-cara

Gunakan paella kalau ada. Boleh gunakan periok biasa. Pijarkan minyak. Masukkan ayam. Biarkan garing sedikit. Masukkan tomato dan saffron. Masukkan beras dan gaul dengan bahan tadi. Masukkan stok sedkit demi sedikit. Masukkan bahan rempah dan gaul selalu. Bial air kering dan nasi sudah nampak lembut (iaitu kira-kira 45 minit) masukkan sayuran. Masak lagi untuk 10 minit.