Nasi Ulam Negeri Sembilan

Ramuan / Bahan

1kg nasi putih, disejukkan

Bahan A:
(Bahan dikisar halus)

10 ulas bawang merah
3 batang serai
3 biji cili merah dikisar halus
2 biji cili hijau
1 camca besar belacan

5 camca besar minyak
3 camca besar serbuk ikan masin (yg dipanggang & dikisar)
1 camca besar serbuk lada hitam
750ml santan pekat
Garam dan air limau kasturi secukup rasa.



Bahan bahan B:
(Bahan dihiris halus)

3 papan petai
1 ikat ulam raja
1 ikat daun selom dihiris halus
1 ikat pucuk pegaga
3 helai pucuk kaduk

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi .

Masukkan serbuk ikan masin, lada hitam, santan garam dan air limau kasturi.

Masak hingga mendidih dan masukkan nasi .

Gaul hingga sebati dan kering .

Ketepikan dari api dan sejukkan .

Kemudian masukkan bahan B Dan gaul hingga rata.

Hidangkan.