Nasi Ulam

Ramuan / Bahan

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)
1 ½ cawan pati santan
Garam secukup rasa

Bahan Tambahan:
Daging atau ikan masin goreng (dipotong kecil-kecil)
1 cawan ikan bilibs goreng
2 keping tempeh (dihiris & digoreng hingga garing)
1 keping telur dadar yang tipis dan besar (digulung & dihiris tipis-tipis)
Pucuk ubi kayu yang telah direbus
Kangkung yang telah dikukus
½ cawan udang kering (direndam,ditoskan,ditumbuk & digoreng)
Bahagian pangkal 2 batang serai (dihiris halus & digoreng sebentar) 1 sudu ketumbar (direndang & digiling)
½ cudu jintan manis (direndam & digiling)
Sedikit jintan putih (direndam & digiling )

Bahan Sambal:
4 batang lada merah
1 biji besar tomato
Sedikit gula pasir
1 sudu garam
1.2 cm kiub belacan (dibakar)
air limau kasturi/nipis

Cara-cara

Campurkan kedua-dua beras & beras pulut & kukuskan hingga separuh masa. Satukan santan,garam & bahan giling. Masukkan ke dalam nasi tadi & teruskan mengukus hingga masak. Senduk & isikan ke dalam acuan dengan elok.
Untuk menyediakan Sambal: Tumbuk semua bahan bersama-sama kecuali air limau/nipis.Kemudian masukkan air limau tadi & sesuaikan rasanya.Isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan nasi dengan sedikit daripada tiap-tiap bahan tambahan tadi.Hidangkna dengan sambal & bahan-bahan tambahan yang lain, didalam pinggan-pinggan yang berasingan.