Nasi Uduk

Ramuan / Bahan

1½ cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
500 gm ayam (dibersihkan dan dipotong kecil-kecil)
2 cawan santan
2 helai daun salam
1 biji timun ] dihiris
2 biji tomato ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng Bahan giling:
1 camca teh ketumbar biji
1.2 sm belacan (dibakar)
1 batang serai (dihiris)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sehiris lengkuas

Cara-cara

Satukan santan, bahan giling, daun salam dan garam secukup rasa. Masak sambil mengacaunya selama 15 minit. Masukkan beras ke dalam campuran santan itu. Masak nasi hingga kering airnya dan tanak hingga kering airnya dan tanak hingga masak betul. Sesuaikan bahan perasanya, keluarkan daun-daun, dan sendukkan. Perasakan ayam dengan garam secukup rasa. Goreng dengan minyak banyak yang panas hingga kuning dan garing. Angkat dan toskan. Letakkan ayam di atas nasi. Hiaskan dengan hirisan timun dan tomato. Hidangkan panas-panas.