Nasi Udang Dan Nanas

Ramuan / Bahan

250 gm udang sederhana besar, dikupas kulitnya
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
1 camca besar gula
2 camca besar tepung jagung
4 camca besar minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND 6 ulas bawang putih, dihiris halus
200 gm nanas, didadu
15 biji bawang besar, dihiris nipis dan digoreng
3 biji cili merah, dihiris
Daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan

Cara-cara

Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung. Gaul rata dan ketepikan. Panaskan minyak sapi WINDMILL GHEEBLEND di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan nanas dan kacau hingga masak. Angkat. Masukkan udang dan nanas tadi ke dalam nasi panas. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Hidangkan panas-panas.