Nasi Udang

Ramuan / Bahan

1 kg beras
600 gm udang, dibuang kulitnya
50 gm rempah (serbuk ketumbar)
2 biji kelapa, diambil santan mengikut banyak beras
200 gm minyak
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya Bahan-bahan penumis:
Cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis.

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis cengkih, bunga lawang, daun kari dan kulit kayu manis hingga naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar yang dibancuh bersama sedikit air, garam dan udang. Kacau hingga terbit minyak, baru dimasukkan santan. Biarkan menggelegak baru dimasukkan beras. Kacau dan biarkan hingga masak.