Biskut Badam Strawberi

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
125 gm gula kastor
125 gm gula perang
1 biji telur
1 camca teh perisa strawberi
300 gm tepung gandum ¾ camca soda bikarbonat
40 gm badam kisar
Garam
100 gm coklat putih (dicincang)
125 gm badam (sebahagian dicincang dan sebahagian dibelah dua)

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.

Pukul mentega bersama gula. Masukkan telur dan perisa strawberi.

Masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk badam dan garam. Gaul sehingga rata.

Masukkan sebahagian coklat putih dan badam cincang.

Bentukkan adunan seprti strawberi. Hias dengan belahan badam sebagai tangkainya dan hias dengan baki coklat putih.

Bakar 10 - 12 minit. Sejukkan sebelum disimpan.