Nasi Tumis Berhias

Ramuan / Bahan

Air secukupnya
1 kg beras, dibasuh dan disejat
300 gm daging cincang
3 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar minyak jagung
10 biji bawang merah
Garam secukup rasa
300 gm udang
Gajus goreng dan bawang goreng Bahan-bahan tumis:

5 cm halia
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara

Sukat air secukup beras. Daging digoreng tanpa minyak hingga kering.

Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan-bahan penumis hingga kuning. Masukkan air.

Apabila mendidih, masukkan garam dan beras. Kacau sebentar lalu masukkan udang.

Apabila hampir kering, masukkan daging dan masaklah hingga nasi tanak.

Taburkan gajus dan bawang goreng sewaktu menghidang.