Nasi Tomato Udang

Ramuan / Bahan

1 kg beras basmati (dibasuh dan dituskan)
2 helai daun pandan
2 batang serai (dititik)
100 gm minyak sapi
150 gm udang
100 gm daging (dipotong kecil)
50 gm rempah beriani
3 biji tomato (dihiris nipis)
3 biji cili hijau (dibelah dua) 1 cawan susu cair (dibuat tairu)
50 gm badam kisar
½ cawan sos tomato
8 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 cawan sayur campur
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan dikisar.

Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis, rempah beriani, badam, daun pandan dan serai. Bila wangi, masukkan sos tomato, udang dan daging.

Masukkan air mengikut sukatan beras.

Bila mendidih, masukkan susu, tomato, beras dan cili hijau.

Biar kering dan masukkan sayur campur. Hias dengan bawang goreng, kismis dan gajus.