Nasi Tomato Singapura

Ramuan / Bahan

4 tin susu beras
1 tin kecil minyak sapi
1 tin kecil susu cair
1 tin kecil tomato puri
1 labu bawang besar
3 sm. halia
2 biji tomato
6 ulas bawang putih
1 sm. kulit kayu manis
4 biji buah pelaga 6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis dan
jintan putih
4 tin susu cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
200 gm. daging cincang
Sedikit daun pudina
Bawang goreng secukupnya
Kismis secukupnya

Cara-cara

Tomato dibasuh dan dihiris bulat-bulat.
Bawang besar dimayang halus. Bawang putih dan halia digiling hingga lumat. Serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dibancuhkan dengan sedikit air setelah itu campurkan dengan bahan yang telah digiling tadi. Beras dibersihkan dan ditoskan airnya. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk setelah itu tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan campuran rempah-ratus yang sudah digiling tadi bersama bawang besar dan tomato. Bila telah garing masukkan daging cincang sambil dikacau-kacaukan sehingga rata. Setelah itu masukkan susu cair, tomato puri, daun pudina dan garam secukup rasa kemudian masukkan air, biarkan mendidih. Bila telah mendidih, masukkan beras dan masaklah sehingga kering, perlahankan apinya. Setelah masak taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan kismis.