Nasi Tomato Family

Ramuan / Bahan

4 pot beras basmati
air ikut sukatan dlm periuk
3 sudu besar minyak sapi
2 senduk minyak masak
2 helai daun pandan
rempah penumis 3( kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
gajus
kismis
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar;
10 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih
halia sebesar ibu jari.




2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tomato puri dlm tin
3 biji tomato segar + 1 batang Carrot dikisar bersama
Daun Sadri dan daun bawang diracik kasar

Cara-cara

cuci beras basmati dan letak daun pandan yg siap diikat, panaskan minyak + minyak sapi dlm kuali yg sederhana besar, masukkan rempah penumis, gajus, kismis dan bahan kisar kacau hingga naik bau. Masukkan tomato segar + karot yg di kisar, 3 sudu besar tomato puri, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos tomato kacau hingga hampir garing kemudian masukkan air mengikut sukatan dlm periuk nasi yg digunakan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan tuang ke dalam periuk nasi yang sudah disediakan dan kacau nasi supaya rata. Dlm masa 1/2 jam nasi tomato akan siap dimasak.