Bubur Nasi Isi Ketam

Ramuan / Bahan

100 gm isi ketam
200 gm beras hancur
5 cawan air
1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar minyak bijan
1 cm halia
2 helai daun bawang (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara-cara

Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk bersama air.

Masak di atas api sederhana hingga pekat.

Masukkan isi ketam, sos ikan, minyak bijan dan halia.

Hidang dalam mangkuk dan tabur daun bawang serta cili merah. Sedap dimakan semasa panas.