Nasi Salad Aidiladha

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai cili merah (dihiris nipis)
50 gm isi ayam (dipotong kecil)
50 gm udang kecil
½ kiub stok ayam (dilarutkan) 80 gm sayur campur
½ biji epal merah (dipotong dadu)
3 cawan nasi sejuk
5 sudu besar gajus (digoreng)

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan hiris. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau rata. Tuang stok ayam dan kacau. Masukkan sayuran dan epal. Kacau rata. Masukkan nasi. Kacau rata. Apabila nasi masak, Masukkan gajus. Kacau dan angkat. Hidang bersama acar buah-buahan.