Nasi Rawon

Ramuan / Bahan

1 kati daging cincang
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
Kunyit hidup sebesar ibu jari
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh buah keras 1 inci halia
1 inci cekur
2 biji buak keluwak (rupanya seperti buah keras tetapi besar sedikit)
Daun salam, lengkuas, serai dan daun limau purit secukupnya.

Cara-cara

Daging cincang dibersihkan dan direbus setelah empuk dipotong empat persegi kecil-kecil. Untuk perhatian anda air bekas rebusan daging tadi jangan dibuang. Bawang merah, bawang putih, cili, ketumbar, kunyit, buah keluwak, halia, cekur dan buah keras digiling halus kemudian ditumiskan sehingga masak. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi bersama-sama daging ke dalam air rebusan daging tadi. Kemudian masukkan pula lengkuas yang telah dihiris serta serai yang telah dititik bersama daun salam dan daun limau purut. Bubuh garam serta serbuk perasa secukup rasa. Setelah itu hidangkan bersama-sama nasi, sambal belacan dan ulam taugeh mentah dan keropok goreng.