Nasi Puspa Wangi

Ramuan / Bahan

750 gm beras (dikosek & ditoskan)
90 gm minyak sapi
5 cm kulit kayu manis
½ kuntum bunga lawang
15 gm buah pala (diparut)
1 sudu lada sulah
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1.2 leter air panas 1 tin kecil tomato puri
3 helai daun pandan (disiat & disimpulkan )
2 sudu air mawar
1 sudu serbuk koma-koma
1 cawan susu sejat cair
Garam & serbuk perasa secukup rasa
3 tangkai daun ketumbar (dicincang)
hirisan-hirisan lobak merah untuk hiasan (dicelur)

Cara-cara

Pijarkan minyak sapi atas api yang sederhana. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pala & lada sulah.Gorengkan selama 1 minit,kemudian
masukkan bawang merah & bawang putih. Apabila bawang merah telah layu, kecilkan api. Masukkan air panas & biarkan hingga mendidih.Masukkan puri tomato,daun pandan,air mawar, serbuk koma-koma & susu. masukkan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan mendidih,kemudian masukkan beras & kacau rata-rata.Masak terus hingga hampir kering airnya. Masukkan daun ketumbar & kacau. Kecilkan api.Tanaklah hingga bertutup hingga nasi masak & semua airnya diserap. Isikan ke dalam pinggan & hiaskan dengan lobak merah.Hidangkan panas-panas dengan hidangan-hidangan lain.