Nasi Pengantin

Ramuan / Bahan

100 gm beras basmati
50 gm bawang merah (dicincang halus)
100 gm majerin
2 helai daun selasih
200 ml stok makanan laut
20 gm udang 20 gm isi lala
20 gm sayur campur
1 cawan air
2 sudu minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara

Bersihkan beras dan tuskan.

Rebus udang, sotong dan lala hingga separuh masak dan tuskan.

Panaskan majerin dan tumis bawang merah sehingga garing dan naik baunya.

Masukkan beras dan daun selasih dan kacau hingga garing.

Tambahkan stok makanan laut dan air, biarkan mendidih dan air kering.

Masukkan sotong, udang dan lala serta sayur campur. Kacau rata. Masukkan srbuk perasa dan garam.

Tutup periuk dan biarkan masak.