Nasi Pelau

Ramuan / Bahan

1800 g beras beriani
300 g minyak sapi
½ tin jagung
1 tin susu cair
6 biji cili hijau
1 pokok daun ketumbar
2 labu bawang besar - dihiris 2 sudu kecil jintan kasar ]
2 sudu kecil jintan halus ] ditumbuk
4 ulas bawang putih ] halus
2 sm halia ]
2 batang lobak merah (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan goreng bawang besar hingga kuning. Masukan bahan yang telah ditumbuk halus. Goreng sekejap, baru masukkan air yang disukat cukup untuk beras. Bubuh garam. Bila mendidih tuangkan susu cair dan beras. Setelah hampir kering masukkan lobak, kacang peas dan jagung. Biarkan seperti menanak nasi.