Nasi Pelangi Bandar Hilir

Ramuan / Bahan

3 kg beras basmathi
1.5 liter minyak masak
400 gm bawang merah
150 gm halia
150 gm bawang putih
20 gm kulit kayu manis
15 gm jintan manis 10 gm buah pelaga
3 gm pewarna merah
3 gm pewarna kuning
3 gm pewarna oren
80 gm garam
50 gm serbuk perasa ayam
2 sudu besar rempah beriani

Cara-cara

Basuh beras dan tus airnya. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan rempah beriani, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam dan serbuk perasa ayam.

Masukkan air mengikut sukatan beras. Jika tiga kg beras bersamaan dengan tiga mangkuk, bubuh air sebanyak tiga mangkuk juga.

Apabila air mendidih barulah dimasukkan beras.

Tutup periuk dan biarkan ia kering. Masukkan pewarna satu demi satu. Biar ia masak.