Nasi Pelangi

Ramuan / Bahan

600 gm beras Basmathi
300 gm dal, direndam semalaman
2 biji bawang besar dihiris
2.5 sm halia, ditumbuk lumat
Air mengikut banyak nasi
177.4 ml susu cair
3 batang serai, dititik
1 batang lobak merah, didadu 1 biji cili jepun (merah), didadu
4 tangkai kacang panjang, didadu
2.5 sm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang hiris, halia tumbuk, kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan susu cair, garam, serai dan air. Biar hingga mendidih. Kemudian masukkan beras dal dan bahan dadu. Tanak hingga nasi masak.