Nasi Pelamin

Ramuan / Bahan

10 sudu besar minyak sapi
100 gm daging ayam
150 gm udang
½ kg beras
500 ml santan
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
Sedikit pewarna hijau dan merah
Gajus dan kismis untuk hiasan
Bahan-bahan dikisar:

8 biji bawang merah
2 cm halia
5 ulas bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi.

Masukkan isi ayam, udang dan beras. Kacau beberapa minit.

Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kacau sebati. Biar hingga masak.

Renjis pewarna hijau dan merah di atas nasi.

Ketika menghidang, hias dengan gajus dan kismis.