Bubur Nasi Daging

Ramuan / Bahan

1 cawan beras
8 cawan air
50 gm daging cincang Sedikit hirisan halia
Garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh beras dan rebus sehingga ia kembang.

Masukkan daging cincang, halia dan garam. Masak sehingga ia kembang.
Taburkan pula daun sup dan bawang goreng.

Hidangkan bersama lauk ikan bilis goreng, kacang tanah, ikan masin, lobak masin dan cili potong.