NASI PAPRIK X

Ramuan / Bahan

Bahan Sayuran:
Bunga kubis
Lobak merah
Cendawan butang
Seleri
Putik jagung
Cili padi
Ayam
Daging
Sotong
Udang atau mana-mana yang anda suka.
Bahan sos/kuah:
Sos tiram
Sos cili Thai
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Potong bahan sayuran ikut kesukaan dan asingkan.
Panaskan minyak dan masukkan ayam,daging, udang dan sotong atau mana-mana jenis yang lebih anda gemari, gorengkan seketika.
Masukkan kesemua bahan sayuran dan gaul sehingga tiga suku masak.
Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili thai dan cili padi. Gaulkan sehingga sayuran masak atau jika anda suka sayuran yang segar, tidak terlebih masak, cukup sekadar bahan sos/kuah mendidih sekali. Tambahkan garam jika perlu.
Angkat dan tuangkan ke atas nasi putih atau nasi goreng panas.