Nasi paprik

Ramuan / Bahan

Nasi untuk 6 orang makan
300 gm ayam(dipotong kecil)
300 gm sotong
4 ulas bawang putih(dicincang)
15 biji cili api(dipotong kecil)
5 batang serai
15 helai daun limau purut
5 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
Kacang panjang
Karot
Bunga kobis
Jagung muda
Minyak masak
Garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang
putih dan cili api
2. Masukkan ayam, sotong, kicap, sos
tiram, sos tomato.
3. Selepas itu masukkan serai yg telah
diketuk dan daun limau purut.
4. Bila ayam dan sotong masak masukkan
sayur-sayuran yang telah dipotong.
5. Masukkan garam secukup rasa