Nasi Paela Valenciana

Ramuan / Bahan

75 ml minyak zaitun
100 gm mentega
2 biji bawang besar (dicincang halus)
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 camca besar taim
3 helai daun salam
4 keping dada ayam (didadu sederhana besar)
400 gm makanan laut (1 ketul isi ikan merah, didadu sederhana besar), (sotong dibersihkan dan dikelar), (udang dibersihkan janggut dan ekornya)
870 ml pati rebusan ayam
(direbus sendiri atau 875 ml air dijerang bersama kiub pati rebusan ayam) 2 tangkai saderi (didadu kecil)
10 gm daun parsli (didadu kecil)
1 camca besar paprika
1 cawan kacang pis
7 biji buah zaitun berkaleng
1 biji tomato sederhana besar
2 biji cili merah (dibersihkan, dibelah dua panjang dan dibuang bijinya)
3 cawan beras (dibersihkan dan disejatkan)
1 camca teh kekuma
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun bersama mentega di dalam kuali sehingga mentega cair dan panas. Tumiskan bawang besar bawang putih sehingga layu dan terbit bau.

Masukkan taim, daun salam bersama dada ayam dan isi ikan merah, biarkan ia sehingga dada ayam dan isi ikan separuh masak.

Jerangkan air bersama kiub pati rebusan ayam di dalam periuk sehingga ia larut dan ketepikan.

Masukkan saderi bersama parsli dan paprika, kacau sehingga ia sebati dalam seminit.

Kemudian masukkan kacang pis bersama buah zaitun, tomato dan cili merah dan biarkan ia sebentar.

Masukkan beras , kacau sehingga ia sebati.

Bubuh kekurma di dalam air rebusan pati ayam, kacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam beras tadi. Masukkan garam bersama serbuk lada hitam.

Akhir sekali masukkan sotong bersama udang, biarkan ia sehingga mendidih. Tutup permukaan kuali dengan kertas alumunium. Biar ia pada suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit sahaja.