Nasi Minyak Hujan Panas

Ramuan / Bahan

2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sm halia (dimayang)
2 ½ sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
½ cawan susu pekat
25 gm kismis
¼ cawan bawang goreng
Air anggaran 3 cawan, pewarna merah, kuning dan hijau, garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak sapi, tumis bahan hingga kuning. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau hingga rata, perlahankan api. Bila nasi hampir masak, masukkan pewarna merah dan hijau, gaul hingga rata. Bila telah masak, bolehlah dihidangkan.