Bubur nasi campur

Ramuan / Bahan

Bahan yang dikisar:
seulas bawang merah
seulas bawang putih
setengah inci halia
dua biji cili api(kalau mahu pedas)
Daging atau ayam
udang (seeloknya jangan dibuang kulit)
lobak merah(dipotong kecil)/sayur campur
sebatang serai
¾ cawan santan
2 cawan beras(dibersihkan)

Cara-cara

Tumis bahan yang dikisar dengan minyak yang sedikit. Setelah agak wangi, masukkan daging atau ayam bersama-sama dengan udang.Setelah daging hampir masak, masukkan santan dan kira-kira setengah cawan air.Tambahkan garam jika perlu.Masukkan sayur-sayuran, serai dan beras.Tambahkan lagi 2 cawan air dan tunggu hingga bubur masak.