Nasi Minyak Berbadam

Ramuan / Bahan

1 senduk minyak masak
3 camca besar mentega
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 cm halia (ditumbuk)
2 helai daun pandan Air (mengikut sukatan beras)
1 cawan susu
15 biji badam (dikisar)
Garam
5 cawan beras
Pewarna kuning
4 camca besar hirisan badam goreng
Kismis
Bawang goreng

Cara-cara

Panaskan periuk, masukkan minyak dan mentega. Tumis bahan rempah sehingga wangi.

Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Kacau hingga garing.

Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan susu cair, badam kisar, garam dan beras.

Titik beberapa pewarna kuning di atas nasi dan tutup periuk. Masak atas api perlahan 20 - 25 minit.

Kacau nasi rata-rata dan sebati.

Tabue badam, kismis dan bawang goreng.