Nasi Minyak Berbadam

Ramuan / Bahan

1 senduk minyak masak
3 camca besar mentega
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 sm kulit kayu manis
1 labu bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 sm halia ditumbuk
2 helai daun pandan 5 cawan air (bergantung juga kepada beras digunakan)
1 cawan susu
15 biji badam, dikisar halus
Garam secukup rasa
5 cawan beras Siam, basuh dan sejat
Pewarna kuning - untuk hiasan
4 camca besar hirisan badam goreng -untuk hiasan
Kismis - untuk hiasan
Bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara

Panaskan periuk, masukkan minyak dan mentega. Tumis bahan rempah sehingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Kacau sehingga garing. Masukkan air, biar mendidih. Masukkan susu cair, badam kisar,garam dan beras. Kacau sehingga kering. Titik beberapa pewarna kuning di atas nasi dan tutup periuk. Masak di atas api perlahan 20-25 minit. Apabila hendak dihidangkan, kacau nasi rata-rata agar pewarna sebati. Tabur badam goreng, kismis dan bawang goreng.