Nasi Minyak

Ramuan / Bahan

500 gm beras (dikosek & ditoskan )
2 sudu minyak makan
185 gm minyak sapi
5 cm kulit kayu manis

Bahan Giling:
2 sudu lada sulah
1.2 cm kunyit hidup
1.2 cm halia 2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
660 ml air rebusan daging lembu

2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 sudu garam

Cara-cara

Pijarkna minyak & minyak sapi bersama-sama dalam sebuah periuk besar. Masukkan semua rempah kering & tumis hingga wangi.Masukkan bahan giling & tumis hingga keluar minyak. Kecilkan api & masukkan beras. Masaklah selama 3-5 minit,hingga tergaul rata. Kecilkan api lagi. Masukkan air rebusan. Biarkan hingga mendidih & teruskan memasak selama 5 minit.Kacau rata-rata & kecilkan api.Tanakkan dengan bertutup hingga nasinya masak & kering. Angkat dari api & kerah sedikit dengan garpu untuk menggemburkan nasi itu. Isikan ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan kuah kari & acar atau cutni.