Nasi Minyak

Ramuan / Bahan

¼ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga 6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
½ camca kecil serbuk kunyit
½ cawan kismis

Cara-cara

Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.