Nasi Madura

Ramuan / Bahan

1.5 kg beras (cuci dan toskan)
500 g kelapa parut-buang kulit ari dan ambil santan secukup untuk memasak nasi
Garam

Bahan A (digiling halus):
2 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Cara-cara

Campurkan bahan-bahan A ke dalam santan. Bubuh garam dan kacau rata-rata. Jerangkan di atas api sehingga mendidih. Kemudian masukkan beras, kacau rata-rata dan biar seperti mananak nasi biasa.