Bubur Nasi Ayam

Ramuan / Bahan

1pot beras
100gm daging ayam - dihiris
1inci halia - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1 biji kelapa parut - ambil santan pekat 1 mangkuk
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bawang goreng - buat tabur

Cara-cara

1.Pijarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sampai wangi. Tuangkan air secukupnya dan didihkan.
2. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sampai menjadi bubur.
2. Bubuh daging ayam, halia, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Masukkan santan pekat dan kacau. Sesuaikan rasanya dan hidangkan.