Nasi Lobak Merah Daging

Ramuan / Bahan

6 cawan beras - direndam dengan air panas, bubuh buah pelaga dan kulit kayu manis
600 gm buah tomato - diparut
600 gm lobak merah - diparut
600 gm daging - dipotong dan diperap dengan sos worcestershire
85 gm minyak sapi
50 gm minyak salad
4 labu bawang besar - dimayang
2 sudu kecil sos worcestershire Untuk rempah giling:

20 biji cili hijau
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada putih
6 ulas bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang hingga kuning. Masukkan daging yang sudah diperap dengan sos dan rempah-rempah giling. Biarkan mendidih.

Masukkan 1 cawan air dulu, tomato parut dan garam. Apabila daging empuk masukkan 5 cawan air lagi. Bila mendidih masukkan beras yang telah digaul dengan lobak merah parut. Biarkan seperti memasak nasi biasa.