Nasi Lemuni Berlauk

Ramuan / Bahan

300 gm beras
50 gm udang segar
50 gm sotong segar
50 gm isi ayam (dipotong kecil)
5 helai daun lemuni (dihiris halus)
susu segar secukupnya (untuk memasak nasi) Bahan dikisar:
3 cm halia
1 batang serai
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 helai daun pandan

Cara-cara

Basuh beras dan tuskan. Masukkan ke dalam periuk yang telah sedia ada bahan-bahan yang dikisar. Tuangkan susu segar secukupnya (seperti memasak nasi biasa). Masak seperti biasa. Apabila nasi mendidih, masukkan isi ayam, isi ikan, sotong, udang dan garam secukup rasa. Pastikan api tidak terlalu kuat kerana boleh membuatkan susu menjadi hangit. Hidangkan panas-panas.