Nasi Lemundi

Ramuan / Bahan

2 cawan beras
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 tangkai daun lemundi (pucuk)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
Sedikit lada hitam
sedikit garam

Cara-cara

1) Basuh beras macam biasa.
2) Masukkan pucuk daun lemund, halia, bawang putih, bawang kecil dan lada hitam yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang berisi beras tadi. Masuk santan cair. Panaskan di atas api sehingga mengelegak. Masukkan garam dan santan pekat dan kacau hingga nasi itu kering dan tutup macam memasak nasi lemak. Apabila masak bolehlah dihidangkan.