Nasi Lemak Tumis

Ramuan / Bahan

4 cawan beras panjang, dibersihkan dan tus
200 gm kelapa parut, dapatkan 4 ½ cawan santan
¾ sudu besar garam halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus 1 cm halia
2 helai daun pandan
1 batang serai, dititik
¼ cawan minyak
1 sudu teh lada hitam

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang, halia serta lada hitam. Bila kuning masukkan santan, garam dan daun pandan serta serai. Setelah santan mendidih, masukkan beras. Masaklah hingga santan kering. Kacau nasi, kecilkan api, tutup periuk dan angkat sehingga nasi masak.