Nasi Kurma Ayam

Ramuan / Bahan

4 ketul paha ayam sederhana besar (potong 2)
2 tin susu beras
1 setengah tin susu air
Setengah gelas susu cair
3 sudu makan rempah kurma
4 sudu makan minyak sapi
Sedikit bawang goreng. Bahan A
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit kulit kayu manis, cengkih, bawang besar

Daun pandan
sedikit minyak masak

Cara-cara

1.Perap ayam dengan rempah kurma bersama garam,gula selama 1 jam. jangan terlalu garing.
2. Panaskan minyak sapi dengan minyak masak. Goreng ayam.
3. cara masak nasi. Panaskan minyak lebihan goreng ayam dalam periuk.
4. Tumis bahan A bersama dengan kulit kayu manis,cengkih hingga kekuningan
5. Masukkan air,susu cair, daun pandan. Biar menggelegak. Masukkan garam,gula.
6.Masukkan beras. Bila beras agak kering, masukkan ayam dan bawang goreng.Kecilkan api dan masak nasi macam biasa.