Nasi Kurma

Ramuan / Bahan

1 kg beras siam atau biasa
1 ekor ayam
½ cawan susu cair
½ cawan susu manis (jika ada)
4 camca besar tomato sos
4 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar kaskas 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
7.5 sm halia
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
1 cawan minyak
1 senduk minyak sapi, garam secukup rasa

Cara-cara

Beras dibasuh dan direndam kira-kira lima minit, kukus separuh masak. Ayam dipotong besar-besar. Rempah-rempah digiling lumat kemudian digaul bersama ayam. Masukkan susu, tomato dan garam, biarkan lima minit. Panaskan minyak sapi dan minyak kemudian masukkan ayam bersama rempah tadi, masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air untuk mengempukkan daging. Apabila sudah pekat, masukkan beras yang sudah dikukus dan kacau hingga rata. Kecilkan api. Hiaskan dengan lada dan daun sup.