Nasi Kuning

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan beras
1 ½ cawan air
1 ½ sudu teh serbuk kunyit
1-2 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 pelepah daun sup
1 biji bawang besar (dimayang halus)
sedikit minyak (untuk menumis)

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan kayu manis. Cengkih dan bawang yang sudah dimayang tadi sehingga kuning. Sementara itu cuci beras serta toskan airnya. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serbuk kunyit dan air. Masaklah sehingga kering kemudian tutupkan periuk serta perlahankan api.