Bubur Lambuk Johor Style

Ramuan / Bahan

2 Cawan beras
2 cawan santan pekat
5 ekor ikan selayang atau selar - direbus dan diambil isinya
100 gram udang
100 gram sotong - dipotong
satu sudu kecil lada hitam - ditumbuk bersama isi ikan
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sebatang serai - dititik
2 keping asam gelugor
bayam
kangkung
pucuk paku
garam secukup rasa
perasa secukup rasa

Cara-cara

1. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus.
2. setelah naik bau, masukkan air dan beras yang telah dibasuh.
3. setelah bubur hampir masak, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk bersama lada hitam.biarkan seketika.
4. masukkan serai, asam keping, udang, sotong, garam dan bahan perasa secukupnya. biarkan seketika.
5. akhir sekali masukkan bayam, kangkung, dan pucuk paku selama 2 minit. kemudian tutup api.