Nasi Keseri

Ramuan / Bahan

1 kg beras beriani
300 g buah tomato - dihiris
150 g minyak sapi
1 cawan tomato sos
2 batang lobak merah - dihiris
1 tin kecil susu cair
4 sudu besar rempah beriani
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sm halia Sedikit badam
Bawang goreng
Bahan tumis:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
Sedikit bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, garam dan air mawar
3 tangkai daun kari

Cara-cara

Panaskan minyak, lalu tumis bahan-bahan tumis. Bila garing masukkan bahan giling dan rempah beriani. Biarkan garing baru masukkan secukup air dan biarkan mendidih. Masukkan tomato sos, buah tomato serta beras. Masak hingga nasi hampir kering lalu taburkan gajus, badam, bawang goreng dan air mawar sedikit dan biarkan seperti menanak nasi biasa. Hidangkan.