Nasi Kerabu Kuning Bertumis Mak

Ramuan / Bahan

Nasi Kuning
4 cawan Beras
Kunyit(Ditumbuk)
Air

Ulam(Dipotong Halus)
Bunga kantang
Serai
Kubis
Daun Kesum
bawang Besar
Timun Batang (Tumis)

a.
Lada Kering Santan Kelapa
Bawang Putih Manisan
Bawang Merah Garam
Halia Serai

(Sambal)
Kelapa Parut(digoreng)
b.
Bawang Merah Sedikit Gula
Ikan Rebus

Cara-cara

1.Nasi Kuning
Masukkan beras ke dalam periuk(stlh dibasuh).Kemudian tapiskan air kunyit ke dlm periuk mengikut 2:1 iaitu air memasak nasi dan air kunyit.

2.Tumis
Kisarkan bahan a. kemudian masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumiskan bahan a yg dikisar itu kemudian masukkan santan dan serai serta manisan itu(Kacau sehingga mengelegak) Dinasihatkan selalu mengacau agar tumis tidak berketul dan hangit.Kemudian masukkan garam.
3.Sambal
Panaskan kuali(TANPA MINYAK) ,gorengkan kelapa parut itu sehingga garing dan ketepikan.Bahan b. ditumbuk dahulu kemudian diasingkan ke dalam magkuk ,kemudian kelapa parut yg telah digoreng itu ditumbuk sehingga sedikit hancur dan digaulkan bersama bahan b. yang telah ditumbuk.gaulkan sedikit gula.