Nasi Kerabu Kuning

Ramuan / Bahan

beras,ikan kembung,kelapa,daun kunyit,kunyit hidup/debu,daun limau purut,serai,bawang merah,halia, kacang panjang,timun, daun kesum, taugeh,buah limau nipis,lada hitam (dimesin),lada merah,cuka

Cara-cara

nasi di masak bersama kunyit hidup(yang diambil air nya atau gunakan sahaja kunyit debu)daun limau purut,daun kunyit dan serai (diketuk).

Untuk Sambal
Kelapa digoreng sehingga garing then ditumbuk.
Ikan kembung di panggang kemudian diambil isinya dan di tumbuk.
Tumbuk bawang merah,sedikit serai,halia dan digaulkan bersama kelapa dan ikan yg ditumbuk tadi.

Untuk Ulam
Kacang panjang,daun kesum,serai,timun dimayang dan taugeh.

Air lada
Blender lada merah yg sudah dibersihkan dan masukkan cuka.

Budu
Perahkan buah limau nipis dan masukkan daun limau purut(direnyut) ke dalamnya.

Lada hitam dimesin.