Nasi Kerabu Goreng

Ramuan / Bahan

2 mangkuk sederhana besar nasi putih
8 biji bawang merah
3 batang serai
5 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam (maggi)
1 kiub pati ikan bilis (manggi)
1 sudu besar lada sulah
3 biji cili padi
Minyak 250 gm ayam
2 sudu teh kunyit
½ cawan air asam jawa
3 tangkai daun bawang
4 tangkai daun sadri
1 kuntum bunga kantan
Garam
Sedikit gula

Cara-cara

1. Hiris bawang merah, serai,daun sadri, cili padi daun bawang dan bunga kantan.

2. masakkan ayam bersama garam, kunyit, dan air asam jawa hingga kering. Kemudian masukkan pula minyak dan goreng sampai berbau wangi.

3. Di dalam kuali yang lain pula, tumis bawang merah hingga garing. Kemudian, masukkan serai dan goreng lagi.

4. Apabila serai garing, masukkan kiub pati ayam dan ikan bilis, goreng lagi.

5. Selepas itu, bubuhkan sos tiram dan campurkan lada sulah, garam serta gula.

6. Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi, gaul sehingga sebati.

7. Kemudian, masukkan pula nasi (Untuk lebih sedap pastikan nasi itu telah disimpan di dalam peti sejuk selama 1 jam).

8. Akhir sekali masukkan daun bawang,daun sadri, cili padi dan bunga kantan. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan kacau lagi.

9. Pastikan garam diletakkan secukupnya untuk memberi rasa yang lebih enak.