Nasi Kerabu

Ramuan / Bahan

2 tin susu beras
2½ tin susu air
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung bakar Bahan untuk ulam:

Sedikit kacang panjang
Sedikit daun kunyit
Sedikit taugeh
(Kesemuanya dimayang halus)

Cara-cara

Beras dibersihkan kemudian ditanakkan hingga masak dengan 21/2 tin susu air.

Ikan kembung panggang diambil isinya kemudian ditumbukkan hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan garam secukup rasa setelah itu gorengkan tanpa minyak hingga kering kemudian diangkat ketepi.

Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika menghidang.