Nasi Kemuli Pohon Melaka

Ramuan / Bahan

Bahan utama:

3 kg beras basmati (jika beras 6 cawan, air 6 cawan juga)
600 gm bawang merah
400 gm halia
400 gm bawang putih
1 sudu teh kicap pekat (tidak masin)
200 ml minyak masak Ramuan 1:

300 gm ketumbar
150 gm jintan putih
75 gm jintan hitam
75 gm kulit kayu manis
150 gm jintan manis
30 gm buah pelaga

Ramuan 2:

80 gm garam
200 gm serbuk perasa ayam
10 gm daun pudina

Cara-cara

Rebus ramuan 1 dengan setengah cawan air sehingga air hampir kering.

Basuhkan beras dan gaulkan dengan ramuan 1, ramuan 2 dan kicap pekat.

Didihkan air mengikut sukatan beras dan campur beras bersama minyak. Kacau-kacau selalu supaya tidak melekat.

Apabila nasi hampir masak, masukkan daun pudina. Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.