Nasi Kelubi

Ramuan / Bahan

1 kg beras
½ kg biji kelapa atau ½ peket santan serbuk (ambil santannya)
1 senduk minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
5 sm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 camca besar ketumbar, digiling
1 camca kecil jintan putih, digiling
1 camca kecil jintan manis, digiling 2 camca kecil lada putih, digiling
2.5 sm halia, digiling
2 labu bawang besar (dimayang)
Sedikit garam
¼ kg daging dihiris nipis-nipis, ditabur
2 biji telur didadar, ditabur
5 labu bawang besar (digoreng), ditabur
Sedikit kismis, ditabur

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bahan giling hingga naik bau. Masukkan santan secukupnya, bila telah mendidih, masukkan beras dan masak hingga kering. Setelah masak, taburkan bahan taburan.