Nasi Kedah

Ramuan / Bahan

1 kg beras (basuh dan toskan)
5 sm halia (diparut)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak kacang
2 mangkuk pati santan 3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 helai daun pandan (disimpul)
Air rebusan ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan kedua-dua minyak dalam periuk, dan tumis bawang, jintan dan halia. Masukkan beras serta daun pandan dan gaulkan rata-rata selama lima minit. Tuangkan air rebusan ayam serta garam dan masaklah hingga bersih. Bila telah kering tuangkan pati santan dan masaklah hingga tanak nasinya.